Giler kan>>>> aku xsanggup weih.... nk beratur panjang
Seperti yang dijangkakan, pemberian aiskrim Baskin Robbins secara percuma semalam telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Mana tidaknya, rakyat Malaysia yang dahagakan kelazatan aiskrim terkemuka tersebut sanggup beratur panjang dari jam 6 petang walaupun pemberian aiskrim percuma itu bermula pada jam 8 malam.
Mengikut perancangan sebelum ini, pemberian aiskrim percuma itu akan diberi sekiranya atlet Malaysia berjaya meraih pingat emas. Namun, sebagai ganjaran kepada sikap patriotik dan semangat kesukanan rakyat Malaysia terhadap industri sukan negara, pemberian aiskrim percuma tersebut diteruskan.
MyNewsHub ingin berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia yang menyerbu premis tersebut.
No comments:
Post a Comment