Menarik info bawah ni.. susah nk jumpe benda menarik ni.....
1. Melahirkan
8 Bayi Dengan Selamat
Dikenal sebagai “Octomom ”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez
menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan
Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan
juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah
dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif
sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah
memiliki enam anak -anak lain di bawah usia lapan
tahun.
Dikenal sebagai “
2. Ibu Paling Muda [5 Tahun]
Lina Madinah adalah ibu termuda
dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke
hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana perutnya semakin
membesar. Dia awalnya dianggap memiliki tumor, tetapi para doktor mengesahkan
dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, untuk rawatan
lanjut. Satu bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan seorang
anak lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil. Pembedahan
dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh Dr Colareta.
Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal
perubatan La Presse Médicale.
3. Ibu Paling Tua Ketika Melahirkan
Setelah
menunggu lebih dari 40
tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan pada bulan
November 2008, pada usia 70.
4. Ibu Dengan Kelahiran Terbanyak [69
Anak]
Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling
produktif sepanjang sejarah adalah seorang
petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai
isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak, dari 27
kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada
gambarnya yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.
5. Lelaki Menjadi Ibu Yang Pertama Di
Dunia
Thomas Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang
ibu. Sebenarnya dia dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah
dia menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang hidup
sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi (pembedahan
rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri, melalui persenyawaan
menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri.
6. Ibu Kembar Tertua
Benar-benar bertekad untuk memiliki seorang anak lelaki
pada usia 70 tahun, Omkari Panwar menjadi ibu kembar tertua. Sama dengan
suaminya Charan Singh Panwar, mereka membayar kos rawatan yang mahal demi
mempunyai pewaris lelaki. Mereka menjual kerbau, menggadaikan tanah,
menghabiskan tabungan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit. Panwar
sudah memiliki dua anak perempuan dewasa, dan lima cucu, tapi mereka hanya ingin
seorang anak lelaki tetapi bernasib baik dikurniakan kembar.
7. Ibu Tumpang Tersubur Di Dunia
Carole
Horlock ialah ibu tumpang, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun – termasuk
kembar tiga. Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling produktif. “Ketika
saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap melakukannya hanya sekali”
katanya. “Tapi saya sangat menyukainya.. setelah saya melahirkan bayi saya ingin
melakukannya lagi.” Dia dibayar rata-rata $25,000 hingga $30,000 untuk tujuan
tersebut.
8.
Ibu Terkecil Di Dunia
Ibu
terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia
diingatkan akan membahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2
kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya. Namun dengan berani
dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. Dia disahkan menderita
osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga
menyebabkan dia tidak berkembang. Herald, yang menggunakan kerusi roda dan
suaminya Will, yang memiliki tinggi 6 kaki 4 inci, tidak sabar menunggu
kelahiran bayi ketiga mereka. Dia mengaku ketika sedang hamil adalah tidak
selesa dan hanya terbaring di tempat tidur selama berminggu-minggu.
9.
Ibu Dengan Bayi Terkecil Di Dunia
Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman
pada tanggal 19 September 2004 di Loyola University Medical
Center . Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan panjang 10 inci
merupakan bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut dilahirkan setelah 25 minggu
enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orang tua di
Hanover Park, Illinois, A.S beratnya hanya 244 gram ketika lahir, tapi membesar
seperti manusia normal.
Elizabeth Ann Buttle memiliki dua anak, Belinda dan
Joseph, ada yang menarik tentangnya. Belinda Buttle lahir pada 19 Mei 1956.
Bahagian luar biasa adalah jarak antara kelahiran Belinda dan Joseph Buttle yang
lahir pada 20 Nopember 1997 ketika Elizabeth Ann Buttle berusia 60 tahun.
Bererti kelahiran pert
Read more at http://amirsuez.blogspot.com/2012/07/info-menarik-10-ibu-paling-unik-dan.html#EMl3d5TxtXuyaMRh.99
No comments:
Post a Comment