Tuesday 25 September 2012

Shila Amzah Menang di Asian Wave 2012.


Aku skrg ni adalah fanatic Shila Amzah ok.... aku xtau knp tp aku suka sore die.......

VIDEO SHILA AMZAH PERFORM DI ASIAN WAVE 2012
Forever Love
Set Fire To The Rain
Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.
Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.
Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.
“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.
Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.
“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.
Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.
“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.
Tahniah Shila Amzah!




Pada malam final tadi, Shila Amzah nyanyi 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

 nyanyi lagu GRENADE di Final Asian Wave membawa gelaran Juara:
Video Shila Amzah nyanyi lagu Mandarin di Final Asian Wave 2012

Jika anda tonton video di atas ni, kita boleh tengok, semasa diumumkan sebagai juara, Shila Amzah ada menyelitkan ucapan terima kasih kepada ayahnya dan memeluk ayahnya dengan disaksikan oleh semua penonton. Budiey percaya, ramai yang menonton di You Tube ini turut terharu dan menitiskan airmata. Benarlah fakta mengatakan, restu ibu dan ayah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi, mohonlah restu dari mereka ya.


http://www.budiey.com/shila-amzah-menang-juara-tempat-pertama-di-asian-wave-2012/

bawah ni direct translation for judges comment mase top 3......

Juri pertama : Saya tak perasan saya tak terangkat mic ini. Hatiku masih dalam keadaan berombak, masih belum reda. Guo Chung, boleh ku kata satu perkataan, belajar dari mereka berdua, tapi kamu masih muda dan mempunyai perjalanan yg jauh, kamu sgt bagus tapi mereka berdua sudah cemerlang. Mereka telah menjadikan muzik, lagu, suara, semuanya cemerlang. Apakah itu cemerlang? Ia ialah melampaui malah perbezaan sex, iaitu suara lelaki dan perempuan, suara sebenar dan suara tiruan, hingga segala suara telah dirangkumi oleh mereka. Malah Shila telah merangkumi perbezaan bahasa dlm aspek ini. Beliau telah menyanyikan lagu yg tidak di fahami bahasa menjadikan hati pendengar tidak dapat reda. Kami sangat berterima kasih kepada mereka berdua. Saya telah bergiat dalam bidang muzik selama 20 tahun, kemunculan kamu berdua telah menjadikan saya sedar hendak lebih banyak belajar dalam bidang ini. Terima kasih Shila, kamu telah menjadikan saya jatuh dan bekecai hati saya, 'Cheng fu' telah menjadikan kami Cheng Fu (tertakluk).

Juri kedua : Saya terlupa berdiri, kerana hari ini saya asyik sakit kepala, setelah mereka akhiri nyanyian mereka, kepala saya semakin sakit. Suara Gua Jun walaupun saya telah dengar beberapa kali, tapi setiap kali saya dengar, suaranya boleh dikatakan bagus. Apa yg diperlukan ialah pengalaman di atas pentas, tapi lama kelamaan anda akan jadi seorang wira. Shila... Saya telah mengiggit kuku sehingga hancur.. Shila, tidak ku kata dgn melampau.. Kami berbincang mengenai artis Asia, yang pernah ku alami termasuklah teknik persembahan secara langsung di atas pentas, suara, malah kebolehan memprovolasi perasaan penonton, hanya aku alami pada persembahan 'Chan Hui Mei' ( artis pop taiwan). Anda ialah org yg kedua di kalangan artis Asia. Seto, usah di kata, ku rasa hari ini melihat anda membuat persembahan teknik khusus muzik. Anda boleh mengubah lagu Lady Gaga menjadi begitu, menunjukkan dalam hati anda mempunyai kebolehan mengubah lagu yg tinggi. Ahh... Sakit kepala saya.

Thanks to kentseu for the translation.
http://www.youtube.com/user/kentseu









http://youtu.be/1Vr8RMAYHvE

No comments:

Post a Comment