Thursday 2 August 2012

Rafizi Ramli Dan Johari Mohamad Telah Ditahan Dibawah Akta BAFIA


Actually..... Sblm ni aku xberapa kenal sgt c rafizi ni..... tp lepas kene tangkap... and baca blog die... aku rs die ni sgt bijak..... analisis die psl ekonomi malaysia superb. kagum dgn die....
Anyway... aku bertindak atas pagar..... dan undi aku adalah rahsia... hehehe


rafizi ramli arrest (Terkini) Rafizi Ramli Dan Johari Mohamad Telah Ditahan Dibawah Akta BAFIARafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat,  yang juga individu yang bertanggungjawab dalam membongkarkan isu lembu NFC telah  ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan  didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Hakim walaubagaimanapun memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad manakala pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.
rafizi ramli arrest 2 (Terkini) Rafizi Ramli Dan Johari Mohamad Telah Ditahan Dibawah Akta BAFIASementara itu, Johari Muhamad iaitu pemberi maklumat mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi turut menerima pertuduhan yang sama. Johari merupakan bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah yang didakwa dilakukan oleh keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.
rafizi ramli arrest 3 (Terkini) Rafizi Ramli Dan Johari Mohamad Telah Ditahan Dibawah Akta BAFIAPresiden Parti Keadilan Rakyat , Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam reaksi segera di tweeternya mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” – Wan Azizah

“Kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak”. – Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
Khalid Ibrahim juga mengecam tindakan polis yang kononnya diarah oleh Perdana Menteri yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi Ramli pada 27 Jun lalu,  iaitu beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.
Update Tweeter Rafizi :
  •  7.42 pagi – rumahnya diserbu sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.
  •  8.00 pagi – beliau dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9.00 pagi.
  • Beliau juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama. Sebelum itu Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.
Dalam Malaysia ni, yang buat salah selalu terlepas, yang membongkar kesalahan pula yang selalu mendapat akibat yang buruk. Dah macam plot cerita filem yang biasa kita tengok. Sampai bila keadaan ini perlu berlaku? Sesuatu perlu difikirkan bersama. Apa pendapat anda mengenai penahanan Rafizi Ramli ini?

No comments:

Post a Comment